Friday, September 11, 2009

Mutiara Kata

Assalammualaikum kepada para pengunjung blog "Voice of Awaken" , moga kita di berkati Allah S.W.T takala kita menyelami Kalammullah dan sunnah Rasullulah. Untuk infomasi para pengunjung blog "Voice of Awaken" ini adalah bertujuan untuk kita sama-sama berkongsi kesah dan teladan dari Al-Quran tentang keindahan Islam serta kisah-kisah para Nabi dan Rasul dan tak lupa juga para sahabat. Yang mana telah banyak berjuang demi agama tercinta kita Islam yang indah dan sempurna.

Pada zaman serba modern ini kita kebanyakkan nya leka dan laro' dengan pentas dunia yang hanya sementara serta penuh godaan. Dalam blog ini saya sebagai pengendali berterus terang pada mulanya saya terlalu leka dengan duniawi sama seperti remaja-remaja di luar sana. Sibuk dengan lepak bersama rakan-rakan, sibuk dengan godaan media yang memaparkan pelbagai hiburan yang melalaikan. Takala itu kita dan saya sendiri terlupa apakah tujuan kita dicipta di muka bumi ini dan terlupa akan tanggungjawab kita sebagai khalifah. Seronok melayari keindahan duniawi kita tidak sedar kita telah jauh lalai pada perintah dan larangan Allah S.W.T yang Maha besar dan yang Maha Mencipta.

Walau bagaimana pun jika anda para pengunjung dan saya sama-sama saling ingat mengingati tentang kewajiban kita sebagai khalifah dunia ini, mungkin kita dapat berubah bersama-sama pulang ke pangkal jalan yang satu, sambil kita menyelami bertapa indahnya Islam itu dan bertapa indahnya ayat-ayat Al-Quran. Seikhlas hati saya berharap kita sama-sama dapat manafaat dari blog ini moga Allah merahmati usaha kita mengajak umat Muhammad Rasullulah terutamanya para remaja sedar dari lena di dunia ini... amin

No comments:

Post a Comment